Tuesday, 26 July 2016

6,800 kes jenayah siber di Malaysia boleh mengancam ekonomi negara

SITI NORHAWA MOHD. ALI  |  05 September 2015 | utusan malaysia

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Jenayah siber dalam negara yang mencatatkan pening­katan ketara dengan 6,800 kes sehingga 30 Julai tahun ini berbanding 5,069 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu boleh mengancam ekonomi negara.

Amirudin Abdul Wahab

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut akan membuatkan pelabur asing bimbang akan ke­selamatan maklumat dan data pen- ting mereka apabila melabur di negara ini.
“Peningkatan jenayah siber membuatkan pelabur kurang keyakinan untuk melabur di negara ini kerana bimbang akan ‘menggadaikan’ maklumat pen­ting syarikat atau organisasi mereka terhadap penggodam-penggodam tidak bertanggungjawab ini.
“Antara sektor yang menjadi mangsa serangan siber adalah perbankan, syarikat telekomunikasi, sektor tenaga malah sektor kerajaan juga menjadi tumpuan penggodam dan penjenayah siber,” katanya dalam sidang akhbar ber- kenaan ancaman siber dalam negara di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengurus syarikat penyedia keselamatan rangkaian, Fortinet, Michelle Ong.
Tambah Amirudin, pihaknya sentiasa bersedia menghadapi penjenayah siber dengan mengemas kini perisian dan berhubung rapat dengan agensi lain seperti Fortinet untuk menghadapi ancaman yang datang dari dalam dan luar negara.
“Walaupun berada di tangga ketiga Indeks Keselamatan Global 2014 antara 193 buah negara, kami sentiasa membuat penambahbaikan dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan penjenayah siber tidak dapat menem­busi sistem keselamatan kita.
“Apa yang lebih penting ialah kesedaran individu untuk melindungi data penting seperti kata laluan yang membolehkan penggodam mempunyai akses kepada dokumen syarikat atau maklumat peribadi,” katanya.

Mengulas mengenai ugutan penggodam yang menggelarkan diri mereka Anonymous Malaysia baru-baru, Amirudin berkata, beliau memandang serius ancaman yang disifatkan sebagai sia-sia itu.

No comments:

Post a Comment