Tuesday 26 July 2016

PENGENALAN KEPADA JENAYAH SIBER

  Jenayah siber ditakrifkan sebagai jenayah di mana komputer merupakan objek jenayah (godam, spam) atau digunakan sebagai alat untuk melakukan suatu kesalahan .Penjenayah siber boleh menggunakan teknologi komputer untuk mengakses maklumat peribadi, rahsia perdagangan, atau menggunakan kemudahan internet untuk tujuan mengeksploitasi atau berniat jahat. Penjenayah juga boleh menggunakan komputer untuk komunikasi dan dokumen atau penyimpanan data. Penjenayah yang melakukan aktiviti haram ini sering dirujuk sebagai penggodam.


        Isu ini bukanlah isu yang baru timbul dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara kita. Isu ini sebenarnya telah lama diperkatakan, terutamanya selepas pelancaran Koridor Raya Multimedia. Sejak meluasnya penggunaan teknologi internet, segala perkembangan mengenai komputer khususnya era siber semakin mendapat perhatian dan diterbitkan melalui laman-laman web. Antara isu yang ketara adalah kemunculan penjenayah siber yang dikenali sebagai 'hacker'. Kini kita dapat lihat golongan penceroboh komputer ini semakin aktif melaksanakan 'kerja' mereka menerusi siber. 

                                                

           
       

No comments:

Post a Comment