PERTIMBANG CADANGAN PENUBUHAN MAHKAMAH KHAS SIBER - Lee Lam Thye
Astro Awani | Jun 12, 2016 09:44
![]() |
LAM THYE: sudah tiba masanya kerajaan bertindak lebih agresif dan lebih
berkesan terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti pedofilia.
|
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertimbang cadangan menubuhkan
Mahkamah Khas Siber bagi mempercepatkan perbicaraan dan pendakwaan penjenayah
siber terutamanya berhubung kes pornografi kanak-kanak.
Menurut Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, ini mampu mengukuhkan lagi usaha melindungi kanak-kanak daripada penderaan seksual. Beliau bersetuju sudah tiba masanya kerajaan bertindak lebih agresif dan lebih berkesan terhadap mereka yang terlibat di dalam aktiviti pedofilia.

"Saya melihat ada rasional untuk mengkaji semula undang-undang siber sedia ada bagi menangani sebarang kelemahan, menambah baik dan mengetatkan undang-undang tersebut supaya ia releven dalam halang aktiviti pedofilia," kata Lee dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.
"Walaupun ketika
ini wujudnya undang-undang yang berkaitan kes siber seperti Akta Jenayah
Komputer 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Tandatangan Digital
1997, Akta Perdagangan Elektronik 2006, saya melihat ada keperluan
undang-undang khas jenayah siber terhadap kanak-kanak.
"Adakan satu undang-undang yang menumpu kepada jenayah pedofilia memandangkan jenayah ini semakin meningkat dan sesuatu yang amat membimbangkan," kata Lee.
"Adakan satu undang-undang yang menumpu kepada jenayah pedofilia memandangkan jenayah ini semakin meningkat dan sesuatu yang amat membimbangkan," kata Lee.
Selain itu, beliau
menggalakkan supaya diwujudkan kempen kesedaran kepada kanak-kanak di peringkat
prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah serta institusi pengajian tinggi
dalam mendedahkan aktiviti pedofilia.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang mewujudkan akta baharu di negara ini bagi memastikan pesalah pedofilia menerima hukuman sewajarnya.
GURU WANITA BERPUTIH MATA DITIPU KEKASIH SIBER RM392,800
Astro Awani | Mac 31, 2016 23:04

Mangsa sanggup membuat pinjaman dengan ah long,adik-beradik dan menggadaikanbarang kemas orang tuanya. - Gambar hiasan |
Seorang guru wanita
sebuah sekolah rendah dekat Mentakab, Temerloh terpaksa berputih mata apabila
kerugian RM392,800 selepas ditipu kekasih siber yang dikenalinya menerusi laman
sosial pada Jun tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Pahang Supt Azizan Md Isa berkata, mangsa yang berumur
43 tahun berkenalan dengan lelaki warga asing yang dikenali sebagai Michael
Saed, yang menjanjikan sebuah rumah, barang kemas dan wang tunai.
"Mangsa hanya menyedari ditipu selepas
mendapati barangan yang dikirim bersama sekeping cek kepadanya tidak kunjung
tiba sebelum membuat laporan di Balai Polis Mentakab petang semalam,"
katanya.
JENAYAH 'CINTA SIBER' SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
Astro Awani | Mac
09, 2016 07:40
"Sepanjang
perkenalan, mangsa telah dibuai dengan ayat-ayat manis termasuk dijanjikan
barang kemas serta sekeping cek berjumlah RM500,000 atas nama mangsa untuk
membeli rumah.
"Pada 23 Julai tahun lepas, seorang wanita telah menghubungi mangsa menerusi telefon memberitahu barang yang dihantar Michael tiba di Malaysia sebelum memintanya membayar kos penghantaran berjumlah RM5,700.
"Terpedaya dengan perkara itu, mangsa kemudian memasukkan wang berkenaan dua hari kemudian di sebuah bank di Temerloh sebelum dihubungi sekali lagi oleh wanita yang sama memintanya membayar lagi RM20,000 untuk tujuan memproses cek berjumlah RM500,000," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, tidak cukup dengan penipuan itu suspek terus memperdayakan mangsa dengan meminta guru wanita itu membayar kos penyediaan dokumen, bayaran peguam, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan lain-lain cukai.
Beliau berkata mangsa yang percaya dengan kekasih sibernya itu sanggup membuat pinjaman dengan ah long, adik-beradik dan menggadaikan barang kemas orang tuanya semata-mata mahu menuntut hadiah yang ditawarkan kekasih sibernya itu.
"Sepanjang tempoh berkenaan, didapati mangsa telah membuat 114 transaksi di dua bank berasingan di Mentakab melibatkan wang berjumlah RMRM392,800."

09, 2016 07:40![]() |
Modus operandi jenayah itu menyasarkan wanita berumur antara 35 dan 45 tahun, khususnya golongan ibu tunggal yang kaya |
KUALA LUMPUR: Kes
jenayah 'cinta siber' membabitkan golongan wanita sebagai mangsa di negara ini,
semakin membimbangkan berikutan peningkatan kes itu setiap tahun.
Pegawai
penyiasat Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah
Komersial Bukit Aman, ASP Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata pada tahun lepas
sahaja, sebanyak 1,646 kes jenayah siber dilaporkan membabitkan kerugian lebih
RM56 juta.
"Pada
2014, sebanyak 1,015 kes sama dilaporkan berlaku dengan nilai kerugian RM52
juta," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Wanita Sedunia 2016
di sini, pada Selasa.
Mohd Syafiq
berkata modus operandi jenayah itu ialah menyasarkan wanita berumur antara 35
dan 45 tahun, khususnya golongan ibu tunggal yang kaya.
"Majoriti
suspek warga Afrika...suspek akan memulakan perkenalan dengan menabur janji
manis menerusi laman sosial seperti facebook, e-mel dan skype.
"Setelah
berkenalan dan serasi dengan mangsa, suspek bertindak menipu mangsa,"
katanya.
Pada majlis
berkenaan, seramai 200 wanita turut diberi pendedahan mengenai keselamatan dan
demonstrasi mempertahankan diri.
Turut hadir,
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din.
Sementara
itu, Mohd Zani berkata polis sedang memperketatkan pemeriksaan kemasukan warga
asing ke negara ini, bagi merekodkan identiti mereka supaya mudah dikesan
apabila terbabit dengan jenayah.
No comments:
Post a Comment